Search

Best tengok orang pergi Langkawi. Cuma tak best bi...

  • Share this:

Best tengok orang pergi Langkawi. Cuma tak best bila Nampak macam sesak.

Alkisahnya Kami belum dapat keluar sebab ada ahli keluarga yang tak sihat.

Terus teringat tahun lepas, dapat peluang bercuti di pulau Tioman. Waktu parking kereta kat Tanjung gemok dah nampak lengang. Alhamdulillah.

Naik Feri juga kurang orang. Dan bila sampai Tioman suasananya lengang macam semacam. Rupanya PKP di KL beri kesan ekonomi pada seluruh negeri terutama sektor pelancongan.

Di pulau Tioman, kami asalnya dapat tempah bilik mengadap hutan sebab bilik mengadap laut dah habis di tempah orang KL, tapi oleh sebab keluarga saya jer yang menghuni resort tu. Tuan Resort bagi duduk bilik mengadap laut dengan harga sama mengadap hutan. Alhamdulillah.

Petang tu kitaorang mandi laut hanya kami anak beranak. Resort semua berkunci.

Takde lagi mat saleh seksi atau amoi berbikini ke sana ke mari. Hanya ada kerang, coral, ombak dan langit yang membisu.

Esoknya plan nak diving tapi takde group yang saya boleh tumpang. Lepas tu saya ajak anak bini snorkelling tapi takde bot sebab bot nak kena penuh 15 orang baru jalan.

Terus anak syurga saya yang dah siap pakai baju mandi kesedihan dan tauke bot bila tahu itu anak OKU autisme terus sanggup bawa kami sekeluarga sahaja pergi snorkeling di empat lokasi.

Bila lapar driver bot parking area pelabuhan bot mewah Tekik dan lunch di sana lepas tu sambung lagi snorkeling. Memang jadi aquaman sepenuh masa. Ha ha.

Ikan di laut pula pelik tengok hanya kami yang snorkeling terus keluar ramai ramai buat anak syurga geli geleman tak nak lepas pelampung.

Malam tu hanya saya dan isteri lepak tepi laut tengok matahari terbenam ditemani bulan mengambang. Pulau Tioman kini sepi tanpa pelancong.

Dalam kesunyian malam saya buka cerita hantu. Bini tak seram pun walau hanya kami di resort itu.

Kata bini: "Hantu pun takut Covid 19"

"Kalau zombie?"

"Jika ada wabak zombie senang nak handle sebab zombie tak ramai. Kan bang?"

Woha!

Video kami ke Pulau Tioman. https://youtu.be/cE7NQoxb6EA
Video menyelam di Tioman: https://youtu.be/qv6k0Regg-o
Video berbasikal di Tioman: https://youtu.be/5mSlYo8Hn1Y


Tags:

About author
not provided